First's FotoPage

By: First Last

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Monday, 13-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Pre-reunion di Kenduri Kawin Kasard

Pengantin sedang bersantapan
Pengantin mengontrol hensem dan cun
3 Pendekar - Padla, Razlee & Cae (ibu pengantin bbaju putih)
View all 16 photos...
Pada tanggal 11hb Jun 2005, berlangsungnya satu majlis perkahwinan seorang jejaka yang telah lama kekeringan iaitu saudara Kasard atau nama manjanya Mohd. Nazrul dengan pasangan beliau Nor Maizura. Majlis berlangsung dengan gemilangnya di rumah orang tuanya di Sikamat, Seremban, N9.

Bersama memeriahkan majlis termasuklah kehadiran beberapa rakan lama yang berjuang sehidup semati semasa pertapaan di UTM, Johor. Juga rakan-rakan baru yang bersama mencari makan di sebuah syarikat IT di Kelana Jaya. Rakan2 lama dan baru telah bersama-sama berkonvoi daripada Kawasan Rehat Seremban seawal pukul 12 tengahari. Manakala, rakan yang berkelana di Johor telah menyinggahkan diri di Stesen Minyak Shell Seremban untuk bersama-sama berkonvoi ke rumah pengantin. Tidak ketinggalan beberapa rakan yang terbabas sehingga ke Exit Seremban-PD kerana terlalu yakin dengan ilmu pengembaraannya sendiri.

Alhamdulillah, acara berkonvoi berjalan lancar meskipun terdapat beberapa halangan ke rumah pengantin. Dilaporkan jalan utama ke rumah pengantin telah ditutup dan dihalang oleh satu majlis perkahwinan yang juga merupakan jiran pengantin utama. Juga, terdapat beberapa kesilapan apabila beberapa rakan kita dengan tanpa segan silu telah menyinggahkan diri ke majlis jiran tersebut. Nasib begitu baik kerana ada jalan alternatif yang dapat dilalui oleh peserta konvoi meskipun ada yang tercicir ke tempat lain.

Secara keseluruhannya, kesemua mereka selamat sampai ke majlis pengantin dan acara permulaan seperti bersalaman dengan bapa pengantin dan acara santapan nasi minyak yang telah ditunggu hampir 29 tahun berjaya dilaksanakan. Kemudian, acara diteruskan dengan sessi usik-mengusik dan bergambar bersama pengantin. Acara ditutup dengan bersalam-salaman bersama pengantin dan orang tuanya serta acara penyerahan ang-pau. Juga dilaporkan, terdapat beberapa konvoi yang telah menyerahkan slip tol dan minyak sebagai tuntutan (claim).

Sekian dilaporkan dari bilik pejabat.

Antradun


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net